RSS

“Selamat Hari Guru”

23 May

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 
5 Comments

Posted by on 23 May, 2008 in Dedikasi

 

5 responses to ““Selamat Hari Guru”

  1. kharliz wa'afini

    25 May, 2008 at 4:12 am

    slamat hari guru 2 ol my luvly lecturer

     
  2. Is_iT_u

    5 June, 2008 at 12:41 pm

    Pd lecturer…berilah asgment byk2 utk memartabatkan lagi profesion keguruan….ahak3

     
  3. kAzama

    7 June, 2008 at 4:40 am

    wahhh
    insaff aku baca puisi ni
    huhuhuu

     
  4. MiiE

    10 June, 2008 at 7:37 am

    Jika hari ini kita jadi pelatih guru
    Esok lusa kita jadi cikgu
    Jika hari ini kita tuntut ilmu daripada guru
    Esok lusa kitalah cikgu pencurah ilmu
    Jika hari ini kita lalai menuntut ilmu
    Esok lusa bidang keguruan akan layu…
    Bina hari ini, esok dan lusa sebagai landsan memartabatkan kerjaya guru

    ” Kita Guru Pelita Ilmu”

    MiiE
    2008

     
  5. kaira sensei

    15 May, 2009 at 1:27 pm

    hye…sy student pismp pra dri IPGM kampus Pendidikan Islam…salam perkenalan…blh la tukar2 idea ek pasni…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: