RSS

H1N1: IPSM diarah tutup seminggu

27 Jul

ipsmBESUT: Institut Perguruan Sultan Mizan (IPSM) di sini, diarah tutup selama seminggu mulai hari ini (27 Hulai 2009) apabila tujuh kes yang mempunyai simptom selesema babi atau Influenza A (H1N1) dikesan, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Dr Abdul Rahman Mokhtar, berkata kesemua tujuh mereka yang menunjukkan simptom H1N1, dirawat sebagai pesakit luar dan sampel darah mereka dihantar ke makmal.

“Sehubungan itu, kesemua pelajar termasuk kakitangan IPSM diminta meninggalkan institut itu yang akan dibuka semula pada 2 Ogos,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, penutupan IPSM itu juga adalah bagi membolehkan tindakan kawalan dilakukan Jabatan Kesihatan Negeri.

Sebelum ini, beberapa premis ditutup di negeri ini akibat H1N1 iaitu Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 di Kuala Terengganu, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Dungun dan Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (Perkaya) di Marang. – Bernama

 
Leave a comment

Posted by on 27 July, 2009 in Berita

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: