RSS

Hasil Karya

BACKDROP MINI KONVOKESYEN PRASEKOLAH

IPGM KAMPUS KENT EDISI 2008.

Sebelum

Backdrop Mini Konvo

lakaran backdrop mini konvokesyen prasekolah IPGM Kampus kent 2008 sebelum diterjemahkan ke atas Papan utama maljis konvokesyen Prasekolah Kent 2008  Terima kasih kepada “team backdrop” untuk Majlis Konvokesyen prasekolah 2008 kerana berjaya menterjemahkan lakaran ini dengan baik sekali.

Selepas

Backdrop Konvokesyen Pra Kent 08Walaupun tidak sama 100%, tetapi ia sudah memadai dan amat memuaskan. tahniah kepada Team Backdrop (Hasri, Janet, Raynold & Razwan),

kerana berjaya menerjemahkan lakaran backdrop itu. Tidak dilupakan kepada semua rakan-rakan yang lain, terima kasih kerana memberi sokongan dan bantuan kepada team backdrop dari awal sehingga akhir majlis konvo Prasekolah Kent ’08.

.

.

.

KAD HARI GURU PISMP PRA

Antara hasil karya para pelatih guru Unit ini. Karya ini juga telah dijadikan Muka hadapan Kad Hari guru sebagi tanda penghargaan pada pensyarah yang telah menjadi tunjang kepada kelas kami sepanjang P&P semseter yang berkenaan.

PUISI BUNGA

BUNGA


Bunga sungguh indah bila dipandang,

Kecantikanmu memikat hati,

Keindahannya lupus bila dipetik orang,

Sedihnya hatiku bila kering dan mati.

Sungguh cantik bunga Melor,

Sesuai dijadikan bunga telur,

Sungguh indah kesucian warnamu,

Melambangkan keindahan floramu.

.

.

.

.


DAUN KERING

Flora yang usang,

Badanku yang sudah tua dan hampir mati,

Orang anggap aku tak berguna lagi,

Dipijak-pijak dan berterbangan ditiup angin,

Sedih menyelubungi hatiku,

Ku mengerti aku dah tak berguna lagi..

.

.

KAU YANG BERGELAR ALAMANDA

Alamanda,

Kau ibarat keindahan dunia,

Menghiasi alam ini serba warna warni,

Kehadiranmu membawa seribu makna,

Pada insan yang bergelar pencinta..

Alamanda,

Di saat kau kudup malu,

Tiada yang memperdulikan dirimu,

Hanya ditemani bayu yang setia menghembus,

Malam dan siangmu..

Namun kini kau telah mekar,

Memukau dan mempersona setiap mata,

Dijaga rapi umpama permata,

Inilah kehidupan sekuntum bunga,

Alamanda….

.

.

.

RIWAYAT SEKUNTUM BUNGA

Ungu, merah, kuning warnamu,

Menghiasi kehidupanku,

Bilaku tersenyum engkau mengembang,

Kesedihan dihatiku umpama daun kering yang berguguran di taman.

Sesuci embun pagi menyegarkan kenangan bersamamu,

Engkau muncul bagaikan bunga yang kembang,

Engkau pergi meninggalkanku bagai dedaun yang layu, ditiup oleh angin bayu.

Aku disini tetap menunggu,

Berganti musim aku tetap disini,

Sungguh hatiku tetap menanti,

Biar gugur dedaun berganti baru,

Berganti hari besilih harapan..

.

.

.

Laman Utama

 

13 responses to “Hasil Karya

  1. Is_iT_u

    11 June, 2008 at 5:21 pm

    karya sepa la yg bertuah kena kc tunjuk nihhhh…huhuh

     
  2. Misz_BebearbluE

    18 June, 2008 at 6:34 am

    rupanya we’ll sume ni berbakat..

    tak rugi BPG tau.. haha

    PEACE

     
  3. Nessy_punya_Hubby

    19 June, 2008 at 9:06 am

    cantik punya graphic…. boleh ajar tak?

     
  4. Lovely_AzRo

    3 August, 2008 at 1:26 pm

    alamanda tu yg paling jiwang…hehe.. tau x sapa pencitanya? imbas kembali kenangan sem 3 (foundation)…hehe

     
  5. roy

    8 August, 2008 at 4:18 am

    tah kanapala tu jiwang btul penciptanya kan..haha

     
  6. Lovely_AzRo

    11 August, 2008 at 1:13 pm

    ya, itu la… mmg jiwang tu org tu… hehe

     
  7. rd

    1 December, 2008 at 6:11 pm

    best bah kt py blog…maw promote lagi bah ne…

     
  8. roy

    3 December, 2008 at 8:28 am

    ui..lawa oo backdrop tu…mmg cunlah!!

     
  9. Roki_ah :-)

    29 January, 2009 at 5:12 am

    oit kwn2, karya PBK last sem mana? smua hilang ka..penatnya cipta sajak utk ibu tu…

     
  10. complicaTEd

    1 February, 2009 at 11:09 am

    hehe….bit lost ka moderator? sebuk bercuti..sabar2 la ye kak roki..ekekkek

     
  11. kiwisara

    7 August, 2009 at 5:51 am

    nice work!suka sgt2 backdrop yg korang hasilkan nie.sooo creative!congratz!=)

     
  12. kiwisara

    7 August, 2009 at 5:52 am

    oppss!lupa nk tnya…leh sy taw apa bahan2 yg korang guna utk backdrop nie?

     
  13. Dual Moderator's

    8 August, 2009 at 5:40 am

    Kiwisara : kami guna Bahan Polesterin board ngan Pelaka shj..

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: