RSS

Info Unit

Kursus dalam bidang pengajian prasekolah sudah lama diperkenalkan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) atau dahulunya dikenali sebagai Maktab Perguruan. Walaubagaimanapun kursus pengajian Prasekolah dahulu hanya ditawarkan kepada para pelatih guru Kursus Diploma Pendidikan Perguruan (KDPM). Sejak Program Pensiswazahan guru-guru muda lepasan SPM pada tahun 2004, Program Pengajian Pendidikan Ijazah  Sarjana Muda dengan Kepujian dibawah kelolaan Institut pendidikan Guru Malaysia, pengajian pengkhususan Prasekolah telah diberi ruang dalam kursus-kursus PISMP bagi memenuhi keperluan tenaga pengajar Prasekolah yang berijazah. Salah satu Institut Pendidikan Guru Malaysia yang menawarkan kursus Prasekolah adalah IPGM Kampus Kent, Tuaran Sabah. PISMP-IPGM prasekolah adalah kelompok ambilan pertama untuk pengkhususan Pendidikan Prasekolah bagi program PISMP (1st Batch). Kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidian Perguruan telah bermula pada awal tahun 2008, namun telah melalui Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan pada 10 Julai 2006. Seramai 20 orang pelatih yang berpeluang mengikuti program ini di IPGM Kampus Kent yang mana terdiri daripada 7 orang lelaki dan 13 orang Perempuan. sila rujuk (Profil Pelatih:-“Profil”). Unit PISMP-IPGM Prasekolah kebiasannya akan mengelolakan Konvekesyen Tahunan Prasekolah Kampus Kent dan aktiviti prasekolah seperti Sukanneka bersama-sama dengan unit KPLI Prasekolah sejak tahun 2006.

.

MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.

OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

  • Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
  • Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
  • Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
  • Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
  • Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
  • Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
  • Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
  • Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.


VISI

“Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia”

MISI

Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.


LATAR BELAKANG PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH DI BAWAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

18 DISEMBER 1991
Mesyuarat Jemaah Menteri mengarahkan KPM  melaksanakan Program Prasekolah.

Sebanyak 1,131 buah kelas prasekolah telah dibuka termasuk 26 buah di Maktab Perguruan.

AKTA PENDIDIKAN 1996 (AKTA 550)
Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan

6 JUN 2001
Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju KPM melaksanakan Peluasan Program Prasekolah

BILANGAN KELAS PRASEKOLAH

Sehingga 31 Januari 2007 sebanyak 5852 buah kelas telah dibuka di bawah KPM.

MAKLUMAT GURU PRASEKOLAH

Guru-guru prasekolah di bawah KPM adalah terdiri daripada;

1.    Guru Lepasan Diploma

2.    Guru Siswazah (PISMP IPGM)

BIL. Negeri Kelas
1 PERLIS 63
2 KEDAH 458
3 P. PINANG 205
4 PERAK
5 SELANGOR
6 W.P K. LUMPUR
7 NEGERI SEMBILAN
8 MELAKA
9 JOHOR
10 PAHANG
11 TERENGGANU
12 KELANTAN
13 SARAWAK
14 SABAH
15 W.P. LABUAN
16 PUTRAJAYA
17 JUMLAH

*Termasuk di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan Institut Perguruan.

MAKLUMAT TAMBAHAN MENGENAI PROGRAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.    27 buah kelas prasekolah terdapat di Institut Perguruan.
2.    28 buah kelas prasekolah di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas.
3.    93 buah kelas prasekolah Program Integrasi Pendidikan Khas.
4.    Seorang Pembantu Pengurusan Murid (N17) ditempatkan di kelas prasekolah bagi membantu guru prasekolah.

Pelatih Guru Unit PISMP Pra IPGM Kampus Kent

.

.

.

.

.

.

.

.

Laman Utama

 

28 responses to “Info Unit

  1. cuit

    19 June, 2008 at 11:05 am

    adoi,cantik jg gmbr class ni. tp btl2 mcm class preskul ooo..x mcm bilik kuliah lagi..hehhehe

     
  2. vavaNn

    18 July, 2008 at 8:36 am

    Espina en Lo Venidero

    El andar por las futuras ramas
    Sé no sobre la excrecencia aguda en sus plantas
    No sabiendo sobre varios arbustos espinosos
    Me hace preguntarse como doloroso el futuro zumbido espinoso
    Pero la mentira delante es una mañana brillante en un freno espinoso
    Piernas en los defectos de protuberancias espinosos
    Sólo ponerse a la mañana brillante de mi futuro local
    Donde la espina de piedad, hapiness, y alegría está
    El futuro espinoso se llenó de oportunidad y gracia
    Pero la espina en el futuro camino
    causa el dolor agudo, la irritación, el baño de incomodidad
    Causando irritación, molestia, y quemaduras
    Soltando su cólera, odio y amor
    En el futuro camino lleno de espinas
    Quién sabe si la mañana brillante delante
    ¿tienen sus propias espinas radiantes?
    Puede ser aún más agudo que estos en su camino y freno.

     
  3. complicated

    29 July, 2008 at 5:32 am

    well done everyone…

     
  4. Mahasnani KPLI SR Pra 2008

    18 November, 2008 at 10:27 am

    wah…bestnyer… adik2 semua ada web sendiri..nati bolelah bertukar idea…

     
  5. Mahasnani KPLI SR Pra 2008

    18 November, 2008 at 10:29 am

    wah…bestnyer… adik2 semua ada web sendiri..nati bolelah bertukar idea… aritu sapa yg buat backdrop masa mini convo? cantik sgt2…tahniah…

     
  6. Roy

    23 November, 2008 at 3:24 pm

    tengkiu2 kak…aritu kwn sa yg bt backdrop tu..hehe..mmg cun la..ndk tidur satu mlm..
    apa2pun tahniah diucapkan kpd smua ahli klas krna brjaya mganjurkn mini konvo.^^

     
  7. complicaTEd

    4 December, 2008 at 10:38 am

    hehe…wan kita tu…hihihi…

     
  8. rM

    5 December, 2008 at 12:53 pm

    sapa buat bakgrop tu sila angkat kaki…hahaha.. PM mau bagi adiah

     
  9. complicaTed

    7 December, 2008 at 10:33 am

    akkakakak…..saya, saya….hahahahahaha….uiii ksi msuk la tu bckdrop kta jd main pic….heheh suggestion ja..

     
  10. complicaTEd

    10 January, 2009 at 5:34 am

    wan..ada cdgn ni..amcm klu tu result kta dr foundation smpaila kta skg ni ksi msk…ksi sdia satu ruang khas ka..yg nda pyh pswd..buli kta tgk pcapaian kta kan…tba2 tlupa ni result last sem ka trus buli rujuk balik sni..hehe..tu cdgn jak ahh..heheh..thanx.

     
  11. complicaTEd

    10 January, 2009 at 5:45 am

    sama ada lg satu….ruang utk xam n nota2 kan…mntau ada spot2 ka nti trus buli ksi post trus kan..nda susa lg tu..suma org buli dpt…tp bhg nota2 buli la ksi msk dlm ruang asgmnt tu kan..bah itu jak tu…sa bg cdgn ja ni..hehehe…papai.tQ.

     
  12. Roki_ah :-)

    27 January, 2009 at 8:05 am

    ui..gbr lama da tu..sem 1..skrg sem 3 udah..tkr gbr kls baru oi..lg cantik, lg ceria..hehe

     
  13. Aizuddin IPDRI

    1 March, 2009 at 2:50 pm

    banyak info o, maju ,tahniah harap teruskan unit-unit lain pun kt IPGM wat cmni jugak la,

     
  14. vivian

    12 March, 2009 at 5:06 am

    saya bercita cita mahu jadi seorang guru tp malangnya keputusan SPM saya tidaklah sebaik yang saya harapkan..saya mengulang SPM berturut turut pada tahun 2005 – 2008..akhirnya saya memperoleh keputusan yang boleh orang katakan cukup cukup makan sahaja..sedih tapi saya terpaksa terima juga

     
  15. Roy

    19 March, 2009 at 3:32 pm

    teruskan usha…pendidikan adalah untuk sepanjang hayat,jad saudari vivian jgn putus asa..usaha berterusan menjamin kecemerlangan..>.<

     
  16. sheidah

    8 April, 2009 at 8:39 am

    best nyer……. jad cikgu pra kan.hehehe sy ambik kos prasekollh jugak.nti leh tukar2 maklumat erkkkkkk

     
  17. ernie

    8 April, 2009 at 3:39 pm

    sy pn bakal cikgu pra jgk…..kanak-kanak mmg best,nakal…..huhu…

     
  18. jsk

    30 July, 2009 at 3:54 pm

    hi,enjoy tengok pic korang..sy pun dulu dr KENT juga.banyak perubahan da d cna rupanya…

     
  19. kiwisara

    7 August, 2009 at 5:28 am

    suke sgt2 tgk klas bkal cikgu prasekolah yg camnie…i’ll b da preschool teacher too but not really enjoy my studying…maybe sbb persekitaran klas yg xkondusif kt ipg sy…hmm…pape pn, congratz 4 all of u coz berjaya jd ‘together we r 1!’ =)

     
  20. roy

    8 August, 2009 at 3:09 pm

    kiwisara kat ipg mana ya?

     
  21. kiwisara

    8 August, 2009 at 3:21 pm

    sy kt ipg sultan mizan,besut,terengganu…ssh gak kmi nk hias klas coz leh d katakan tiap2 sem kmi terpaksa tukar klas…huhuu

     
  22. roy

    8 August, 2009 at 3:34 pm

    takda masalah tu…tiap2 sem kenalah tukar hiasan kan spya nampak kepelbagaian dan pembaharuan..kitaorg kat sini pun setiap sem kena tukar design tuk keceriaan kelas…sbb byk sangat saingan dari kelas lain berebut nak dpt kelas paling ceria ..😛

     
  23. kiwisara

    10 August, 2009 at 1:47 pm

    owh cmtu eh…kt cni xpnh lh ada pertandingan klas plg cntik.so smua xde smangat la nk hias2 klas nie.hehee..pape pun,arap leh tukar2 info sal prasekolah ngn korang smua yep! =)

     
  24. Dual Moderator's

    10 August, 2009 at 5:27 pm

    Ok..boleh jg..Kami suma sedia berkongsi apa saja.

     
  25. Dayang Rosnie

    25 December, 2009 at 3:08 pm

    saya ada satu soalan mengenai kursus diploma pra sekolah.saya merupakan lepasan stpm tahun 2000 dengan keputusan 3p 1r dan saya amat berminat untuk melanjutkan pelajaran saya ke peringkat diploma dan seterusnya dalam bidang berkenaan. saya bertugas sebagai pembantu pengurusan murid(PPM) di salah sebuah pra sekolah di salah sebuah sekolah rendah di bandar kuching dari tahun 2006 hingga sekarang.soalan saya,dapatkah saya melanjutkan pelajaran saya ke pringkat diploma pra sekolah dengan keputusan stpm saya ini dan di maktab manakah saya boleh membuat permohonan terutamanya di negeri sarawak ini.segala maklumat dari pihak tuan adalah saya hargai.sekian terima kasih.

     
  26. Lulue

    30 March, 2012 at 5:46 am

    Available lg tk page ni…
    Minat nak jd tnaga pengajar, d mna nk dpat borang permhonan nak ikut program ni…

     
  27. Liy

    31 March, 2016 at 6:46 am

    Klu lepasan diploma early childhood d ipts , nak smbung ijazah di ipg ne .. Bole x ?

     
  28. rozianahh

    17 August, 2016 at 4:30 pm

    aslm..sya nak tnya cmna nak mohon ke ipg tuaran ne..??

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: